SUPER POWER K

Baja foliar Super Power K ini diformulasikan dari unsur Potassium sebanyak 46 peratus dan unsur bahan lengai nano universal sebanyak 54 peratus.

Ianya membantu mengalakkan pengeluaran bunga, menguatkan tangkai bunga dan putik, menambah kandungan brix bagi buah rock melon, memelihara kandungan kualiti buah dan sekaligus meningkatkan hasil tanaman.

Baja foliar Super Power K sesuai diaplikasikan kepada tanaman cili kulai, cili padi, melon dan rock melon, buah sayuran seperti tomato, timun, terung dan lain lain.

Applikasi penggunaan Super Power K boleh mengatasi masalah kekurangan unsur potassium. Unsur Potassium / Kalium adalah unsur yang mudah bergerak mengikut pergerakkan air atau erti kata lain mudah hilang atau tercuci dari tanah terutama pada musim hujan. Apabila Potassium / Kalium kurang di dalam tanah, maka akar pokok tidak dapat menyerap unsur tersebut ke dalam batang dan dialirkan ke daun pokok semasa proses fotosintesis. Ianya akan menyakibatkan gejala “daun kekuningan”. Sekali gus tumbuhan menjadi kerdil dan bantut serta tidak kuat apabila ditiup angin (mudah rebah).

Bagi tanaman cili kuali dan cili padi, baja foliar Super Power K boleh digunakan 7 hari sekali selepas anak pokok berbunga dan bagi tanaman rock melon pengusaha boleh menggunakkannya 7 hari sekali selepas putik buah rock melon kelihatan. Manakala bagi tanaman tomato, timun, terung dan lain lain sayuran berbuah, baja foliar jenis Super Power K ini boleh digunakan 7 hingga 10 kali sehari.

Baja foliar Super Power K boleh digunakan bersama racun serangga, racun kulat atau apa-apa racun pertanian yang sesuai. Sukatan yang disyorkan adalah 30 ml baja foliar dicairkan bersama 20 liter air kosong. Campuran tersebut disembur ke bahagian daun dan batang anak pokok. Harga jualan adalah disekitar RM 40.00 / 1 Liter.

SUPER POWER K sesuai digunakan bersama dengan racun serangga, racun kulat atau racun organik.

Berikut merupakan beberapa cadangan yang sesuai diaplikasikan dalam penggunaan baja foliar supaya penggunaan baja foliar memberikan kesan baik kepada hasil tanaman:

1. Pengusaha perlu mengikut sukatan baja foliar seperti yang dicadangkan kerana kepekatan baja foliar yang dibekalkan adalah tinggi. Campuran ideal 30ml baja foliar SUPER POWER K bersama 20 liter air kosong memberikan kesan terbaik. Jangan gunakan baja foliar tanpa dicairkan kerana ia akan menyebabkan kelecuran daun pada tanaman.

2. Campuran air dan gunakan pam semburan kabus (mist spray) dan disemburkan pada bahagian bawah daun dan batang pokok dan seeloknya di sembur pada awal pagi kerana pada waktu ini stomata di daun terbuka luas dan kadar penyerapan nutrient tinggi.

Kajian Penyelidikan SUPER POWER K

Customer SUPER POWER K